Dua Beradik Yatim Piatu Apabila Ayah Dan Ibu MAUT Dalam Kemalangan Dengan Treler !!!

| November 29, 2015 | 0 Comments

Dua Beradik Yatim Piatu Apabila Ayah Dan Ibu MAUT Dalam Kemalangan Dengan Treler !!!Kuala Krai: Dua beradik yatim piatu apabila ayah dan ibu mereka maut selepas MPV mereka bertembung dengan treler tanpa muatan di KM95 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, dekat Laloh, di sini, malam tadi.

yatimkan.transformed

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning, berkata MPV keluarga terbabit dari Gua Musang dan bertembung dengan treler yang dikatakan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Akibat pertembungan itu, kedua-dua kenderaan terbalik dan menjunam ke dalam gaung di sebelah kanan jalan (arah Gua Musang).

“Pemandu lori berusia 51 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mereka yang maut adalah Pegawai Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Gebeng, Kuantan, Pahang, Muhamad Zulkifli Awang, 36, dan ibu mereka, Shuhada Mat Hassan, 34.

“Kedua-dua anak arwah, masing-masing berusia enam dan empat tahun, dirawat di HKK (Hospital Kuala Krai),” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

yatimkan.transformed (1)12289739_913812338667983_4087248432564620774_n 12294741_913812445334639_8765654063923803907_n 12313834_913812368667980_1470578476653343339_n 11990630_913812412001309_7770521333803980561_n

Tags: , , , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *