Adik Ini Yatim Piatu Sekelip Mata Apabila Ibu Bapanya MAUT Dalam Kemalangan !!!

| November 29, 2015 | 0 Comments

Adik Ini Yatim Piatu Sekelip Mata Apabila Ibu Bapanya MAUT Dalam Kemalangan !!!REMBAU, 29 Nov – Seorang kanak-kanak dua tahun, Muhammad Khair Maizudin, menjadi yatim piatu dalam sekelip mata apabila dia dan ibu bapanya terbabit dalam satu kemalangan di KM14.7, Jalan Seremban – Tampin dekat sini pagi tadi.

Untitled

Arwah ibu kanak-kanak tersebut, Murni Muhamat, yang difahamkan mengandung lapan bulan berusia 26 tahun manakala arwah bapa kanak-kanak tersebut, Khairul Anwar Tajuddin berusia 34 tahun.

Muhammad Khair Maizudin bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat dari kejadian. Kanak-kanak itu ditenteramkan oleh anggota paramedik ketika kejadian.

Kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi itu membabitkan sebuah Proton Persona yang dinaiki keluarga tersebut dan sebuah Honda Civic.

12246762_914218841960666_5800962988629847460_n 12308334_914218861960664_6257446688629052620_n

Kedua-dua kereta tersebut dipercayai bertembung sebelum kreta mangsa terbalik ke dalam longkang di tepi jalan dan menyebabkan pasangan tersebut tersepit di tempat masing-masing.

Menurut pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Kasim Hassan, pihak bomba menerim panggilan kecemasan pada jam 6.23 pagi dan sebuah jentera bersama 6 anggota bomba dikerah ke tempat kejadian.

Menurut beliau, pihak bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Pemandu kereta Honda Civic juga telah dibawa ke HTJ untuk rawatan berikutan kecederaan yang dialami.

Related Post

Tags: , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *