(Video) Pemandu Ini Tidak Putus-Putus BERZIKIR Sebelum DIREMPUH Oleh Kenderaan Lain Yang Terlibat Dalam KEMALANGAN !!!

| October 28, 2015 | 0 Comments

(Video) Pemandu Ini Tidak Putus-Putus BERZIKIR Sebelum DIREMPUH Oleh Kenderaan Lain Yang Terlibat Dalam KEMALANGAN !!!…SEORANG pemandu dirakam tidak putus-putus berzikir sebelum dirempuh oleh sebuah kenderaan lain yang terlibat dalam sebuah kemalangan lain di Alor Setar, semalam.

Pemandu tak putus berzikir sebelum dirempuh

Mangsa memuatnaik video rakaman ‘dashcam’ ke laman Facebook semalam dan meluahkan rasa bertuah tidak ditimpa sebarang kecederaan serius dalam kejadian tersebut.

Dalam video berkenaan, suara mangsa kedengaran berzikir tanpa henti selama dua minit.

Ketika melalui sebatang jalan, ‘dashcam’ mangsa berjaya merakam sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Myvi putih yang sedang melakukan pusingan U terlanggar sebuah kereta lain.

Myvi berkenaan kemudian terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar kenderaan mangsa.

“Syukur alhamdulillah. ALLAH telah memelihara aku daripada sebarang kecederaan yang serius dalam kemalangan jalan raya di Alor Setar pada 27 Oktober 2015 jam 1.48 tengahari,” tulis mangsa di Facebook.

Perkongsian mangsa mendapat perhatian hampir 2,000 pelayar termasuk dikongsi semula oleh Facebook Friends of Barisan Nasional (FOAB) dan Friends of PDRM.

Tags: , , , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *