Video Dan Gambar Kereta MEWAH Berharga RM360K Musnah TERBAKAR !!!

| October 20, 2015 | 0 Comments

Video Dan Gambar Kereta MEWAH Berharga RM360K Musnah TERBAKAR !!!Shah Alam: Kereta mewah jenis berharga kira-kira RM360,000 musnah terbakar di Jalan Kristal 7/97, Seksyen 7, dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mangsa yang juga ahli perniagaan terkejut ketika kereta dipandunya berasap sebelum terbakar.

Mangsa kemudian memberhentikan kereta di tepi jalan berkenaan dan menyelamatkan diri selepas asap semakin banyak keluar terutama di bahagian enjin.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Mohd Sufi Yunus berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.22 petang dan sepasukan tujuh anggota bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memadamkan kebakaran itu dan kejadian dipercayai berpunca akibat litar pintas.

“Ketika memadamkan kebakaran itu bunyi percikan api turut kedengaran dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

Mymetro

Traffic Info Crew

Tags: , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *