(4 Gambar)…Seorang Jurukamera TV3 MAUT Dalam KEMALANGAN Apabila Motosikalnya TERBABAS Di LPT !!!

| October 22, 2015 | 0 Comments

(4 Gambar)…Seorang Jurukamera TV3 MAUT Dalam KEMALANGAN Apabila Motosikalnya TERBABAS Di LPT !!!Maran: Jurukamera TV3 maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 156 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala Kuantan, berhampiran Chenor, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, mangsa, Nor Azman Jumahat, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Razdi berkata, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang lebuh raya.

“Mangsa parah di kepala serta kaki dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga bagi tujuan pengebumian.

“Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tags: , , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *