Pengurus Syarikat MAUT Selepas Motosikal Berkuasa Tinggi Ditunggangnya Melanggar Belakang Lori Dan Van Melanggar Belakang Mangsa !!!

| October 28, 2015 | 0 Comments

Pengurus Syarikat MAUT Selepas Motosikal Berkuasa Tinggi Ditunggangnya Melanggar Belakang Lori Dan Van Melanggar Belakang Mangsa !!!…TEMERLOH: Seorang pengurus syarikat maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabit kemalangan dengan lori dan van di Kilometer 118.5 Lebuhraya Pantai Timur dekat susur keluar Plaza Temerloh di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu jam 8.47 malam, mangsa Mohd Rahimi Abdul Rahman, 35, dari Kampung Cacar, Paka, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal berkenaan dari Kuala Lumpur menghala ke arah Kuantan.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang lori membawa muatan jentolak.

“Kira-kira 10 minit kemudian, sebuah van yang berada di belakang kenderaan itu tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Temerloh untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini.

Tags: , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *