Kemalangan NGERI Apabila Sebuah MPV Hancur Akibat TERLANGGAR Sebuah Kren !!!

| October 31, 2015 | 0 Comments

Kemalangan NGERI Apabila Sebuah MPV Hancur Akibat TERLANGGAR Sebuah Kren !!!Machang: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan jentera berat (kren) di Kilometer 37 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, dekat Bukit Belah, Machang, di sini, 2.15 petang, hari ini.

Pemandu lelaki berusia 51 tahun dan dua wanita berusia 36 tahun serta seorang yang belum dikenal pasti identiti maut di lokasi kejadian.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian itu MPV berkenaan dari arah Kuala Krai ke Kota Bharu dipercayai cuba memotong, namun gagal sebelum melanggar jentera berat itu dari arah bertentangan.

Katanya, akibat pelanggaran itu pemandu dan dua penumpang mengalami maut.

“Mereka dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat. Pemandu jentera berat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Tags: , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *