‘Waiting 18.8.2015’ Tarikh Hari Lahir Dan Pada Tarikh Itu Ajal Menjemputnya….

| August 20, 2015 | 0 Comments
 ‘Waiting 18.8.2015’ Tarikh Hari Lahir Dan Pada Tarikh Itu Ajal Menjemputnya….PASIR PUTEH – Ramai menganggap status dimuat naik seorang pelajar di laman sosial yang tertulis ‘Waiting 18.8.2015’ hanyalah menunggu hari lahirnya sehinggalah pelajar itu menemui ajal pada tarikh tersebut, petang kelmarin.
Temui ajal pada hari ulang tahunhttp://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.421278!/image/image.jpeg_gen/derivatives/landscape_700/image.jpeg

Rakan-rakan kehairanan kerana arwah biasanya tidak beria-ia untuk menyambut hari lahir apatah lagi untuk menghitung tarikh tersebut sejak beberapa hari lalu.

 

Status pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut itu seperti terjawab apabila dia maut selepas terbabit dalam kemalangan.

 

Muhamad Izzat Imran Saidi, 15, berasal dari Kampung Surau, dekat sini, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kilometer Satu jalan baharu Pasir Puteh ke Tok Bali.

 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhamad berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 6 petang itu, motosikal yang ditunggang Muhamad Izzat dari arah Pasir Puteh bergesel dengan sebuah motosikal lain dari arah sama.

 

Katanya, Muhamad Izzat terseret sejauh kira-kira 23 meter sementara penunggang motosikal satu lagi, Nik Hassan Adli Nik Abdul Aziz, 16, dari Kampung Raja, Saring tercampak bersama motosikalnya ke kiri jalan.

 

“Muhamad Izzat meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala manakala Nik Hassan Adli patah pergelangan tangan kanan dan dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

 

“Anggota polis daripada Cawangan Trafik yang menjalankan siasat mendapati ada kesan calar di atas jalan di lokasi kejadian berhampiran simpang ke Ibu Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh dipercayai kesan motosikal mangsa terseret,” katanya.

 

Abdul Rozak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

 

Menurutnya, walaupun jalan baharu itu agak lurus, tetapi ia tetap mengundang bahaya kepada penggunanya.

 

“Saya menasihati ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak supaya tidak menunggang motosikal sesuka hati, mesti mengikut peraturan ditetapkan.

 

“Jalan itu sebelum ini menjadi tumpuan golongan muda merempit dan polis mengadakan operasi dari semasa ke semasa bagi membendung aktiviti tersebut,” katanya.

 

 

 

Tags: , , , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *