NIAT Orang Kampung Untuk Menyelamatkan Mangsa Kemalangan TERBANTUT,Apabila Hanya Terdapat 3 Ekor LEMBU Di Dalam Kenderaan Tersebut.

| August 26, 2015 | 0 Comments

NIAT Orang Kampung Untuk Menyelamatkan Mangsa Kemalangan TERBANTUT,Apabila Hanya Terdapat 3 Ekor LEMBU Di Dalam Kenderaan Tersebut….Temerloh: Penduduk kampung yang ingin menyelamatkan mangsa kenderaan pelbagai guna (MPV) selepas terbabit kemalangan gempar apabila melihat di dalamnya ada tiga ekor lembu di Kilometer 9 Jalan Temerloh-Triang, berhampiran Kampung Lebak, dekat sini, hari ini.

http://assets.hmetro.com.my/images/articles/26815pojie1a.transformed.jpg

Kejadian kira-kira 8 pagi itu turut menimbulkan pelbagai persoalan berikutan tiada langsung kelibat pemandu atau penumpang MPV berkenaan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman berkata, penduduk mengerumuni kenderaan itu selepas menyedari MPV berkenaan terbabas ke kiri jalan.

“Niat orang kampung adalah untuk membantu mangsa kemalangan yang kemungkinan cedera selepas kenderaan itu terbabas ke kiri jalan hingga menyebabkan MPV berkenaan mengalami kerosakan di bahagian depan dan belakang.

“Namun, mereka terkejut kerana yang berada di dalam kenderaan berkenaan bukan manusia tapi tiga ekor lembu yang disumbat di bahagian tempat duduk penumpang,” katanya ketika dihubungi, di sini.

http://assets.hmetro.com.my/images/articles/26815pojie1b.transformed.jpg

Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu segera menghubungi polis sebelum kenderaan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, untuk tindakan lanjut.

“Polis akan menyiasat bagi mengenalpasti sama ada lembu berkenaan dicuri atau sebaliknya selain siasatan turut merangkumi jika ada pembabitan sindiket dalam kejadian itu,” katanya.

Tags: , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *