Akibat LARI Dari Dua Kemalangan,LELAKI Ini Berdepan Detik CEMAS!!

| August 23, 2015 | 0 Comments

Akibat LARI Dari Dua Kemalangan,LELAKI Ini Berdepan Detik CEMAS!!…. Alor Setar: Seorang jurukimpal berdepan detik cemas apabila cermin rumahnya dipecahkan, manakala tiga kereta turut dirosakkan termasuk sebuah daripadanya diterbalikkan selepas diserang sekumpulan lebih 15 lelaki bermotosikal dalam kejadian di Kampung Telok Gelam, Jitra, dekat sini, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku jam 11 malam dipercayai akibat rasa tidak berpuas hati kumpulan terbabit yang berang dengan tindakan mangsa berusia 46 tahun yang didakwa melarikan diri selepas terbabit dalam dua kemalangan, masing-masing dengan sebuah motosikal di Jalan Telok Malek dan Taman Kelisa di Jitra.

Difahamkan, mangsa bertindak demikian akibat ketakutan selepas mendakwa diugut kumpulan itu yang juga dipercayai rakan kepada seorang daripada penunggang motosikal berkenaan selepas terbabit dalam pelanggaran di Jalan Telok Malek, Jitra 30 minit sebelum kejadian.

Mangsa kemalangan lelaki lingkungan 20-an difahamkan patah kaki kanan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Mangsa ketika dihubungi berkata, sehingga kini, dia tidak berani pulang ke rumah kerana bimbang berhubung keselamatan diri.

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *