Seorang PENSYARAH Maut Terjatuh Dari Keretanya…..Apa Yang Menyebabkan Arwah TERJATUH?

| July 28, 2015 | 1 Comment

Seorang PENSYARAH Maut Terjatuh Dari Keretanya…..Apa Yang Menyebabkan Arwah TERJATUH?….Kota Bharu: Seorang pensyarah lelaki meninggal dunia selepas terjatuh dari kereta jenis Proton Saga yang dipandu isteri, 10.30 malam semalam.

Kejadian berlaku di Jambatan Sultan Ismail Petra, di sini ketika mangsa berusia 34 tahun dalam perjalanan dari Tumpat ke Machang.

Difahamkan, mangsa sebelum itu membuka pintu untuk meludah dan menutupnya semula sambil memberitahu mahu tidur kepada isterinya.

Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba terjatuh dipercayai akibat pintu tempat duduk penumpang hadapan itu terbuka dan tidak bertutup rapat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan kejadian itu dan menafikan sebelum itu berlaku pergaduhan membabitkan mangsa dan isteri seperti tersebar di laman sosial.

“Mangsa diklasifikasikan mati mengejut dan tiada pergaduhan yang berlaku hingga menyebabkan kejadian itu,” katanya.

al-Fatihah 🙁

Tags: , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. pairul says:

    lecturer saya :'( moga di tempatkan di kalangan orang beriman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *