Rumah Terbakar, Sanggup Tumpang Lampu McDonald Untuk Belajar

| July 10, 2015 | 0 Comments

Rumah Terbakar, Sanggup Tumpang Lampu McDonald Untuk Belajar….Sedih melihat gambar seorang kanak-kanak lelaki yang sanggup menumpang lampu di sebuah restoran makanan segera McDonald untuk belajar pada waktu malam yang menjadi viral baru-baru ni di seluruh dunia.

11717172_1588719214734773_492400528_n

Tindakan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu belajar di kaki lima dengan sebuah meja kecil dan beberapa buku pada waktu malam menyentuh hati sekali gus menjadi inspirasi ramai.

11721980_1588719211401440_1970870627_n

Difahamkan, kanak-kanak yang dikenali sebagai Daniel Cabrera ini terpaksa menumpang cahaya restoran tersebut kerana rumahnya musnah dalam kebakaran.

Gambar itu dikatakan dirakam oleh Joyce Torrefranca di restoran McDonald di Manila, Filipina tanpa disedari oleh Daniel yang sedang sibuk menulis.

11696818_1588720691401292_1208163667_n

Joyce berkata, sebagai seorang pelajar kanak-kanak itu membuatkan dia begitu tersentuh dengan sikap dedikasinya yang mahu belajar.

“Walaupun serba kekurangan tetapi kanak-kanak ini begitu rajin belajar,” ujarnya.

Daniel yang kemudian diburu oleh pihak media mendedahkan, akan berusaha belajar untuk mengubah nasib keluarga.

Pegawai kebajikan masyarakat tempatan juga dikatakan telah melawat keluarga Daniel untuk membantu keluarga kanak-kanak ini.

Category: Luar Negara

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *