Pemandu Lori Ini Menghadapi Detik CEMAS Apabila Sebuah KERETA Remuk BERPUNCA Dari Lori Tersebut

| July 24, 2015 | 0 Comments

Pemandu Lori Ini Menghadapi Detik CEMAS Apabila Sebuah KERETA Remuk BERPUNCA Dari Lori Tersebut….Gombak : Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandu berisi muatan batu-bata terbalik di Jalan Batu Caves, Gombak berhampiran Taman Bolton di sini.

KUALA LUMPUR 23 JULY 2015. Seorang pemandu lori berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan yang sarat dengan muatan batu-bata dipandunya terbalik di Jalan Batu Caves, Gombak berhampiran Taman Bolton, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, sebuah kereta Proton Perdana dinaiki empat sekeluarga turut remuk di bahagian belakang akibat kemalangan itu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, sepasukan tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, pemandu lori terbabit berjaya diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.

“Empat sekeluarga yang berada di dalam kereta Proton Perdana itu juga dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pihak bomba tidak menolak berkemungkinan kejadian berpunca kecuaian kedua-dua kenderaan terbabit.

“Anggota bomba berjaya mengalihkan lori itu daripada terus berada di tengah jalan,” katanya.

Tags: , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *