Status Dan Pesanan Terakhir Pengarang Meja Agama Utusan Malaysia Di Laman Facebook Miliknya Sebelum Maut dalam Kemalangan…Apakah Pesanannya???

| July 31, 2015 | 0 Comments

Status Dan Pesanan Terakhir Pengarang Meja Agama Utusan Malaysia Di Laman Facebook Miliknya Sebelum Maut dalam Kemalangan…Apakah Pesanannya???KUALA LUMPUR  – “Sesuatu untuk dimuhasabah dan difikir-fikirkan. Semoga kita terus kekal positif, bermotivasi dan berakhlak mulia (demi) kelangsungan tenang dan bahagia dunia akhirat.”

Zuarida MOHYIN dan suami, Mohd. Rozi Mahmud dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Beruntung Rawang,

Itulah status terakhir yang dimuat naik oleh Pengarang Meja Agama Utusan Malaysia, Zuarida Mohyin, 45, di laman sosial, Facebook miliknya pada pukul 10.52 pagi sebelum beliau maut selepas motosikal yang diboncengnya terlibat dalam kemalangan kira-kira 11.45 malam tadi.

 

Kemalangan yang berlaku di Kilometer 435.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara itu turut meragut nyawa suami mangsa, Mohd. Rozi Mahmud, 43, yang menunggang motosikal tersebut.

 

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan rumah pasangan tersebut di Seksyen BB8, Bukit Beruntung yang dibanjiri kenalan kakitangan Kumpulan Utusan.

 

Malah, keempat-empat anak Allahyarham berusia antara empat hingga 17 tahun yang menjadi yatim piatu dalam sekelip mata juga tidak dapat menyembunyikan kesedihan dan sukar untuk mereka menerima kejadian itu.

 

Kedua-dua ibu bapa Allahyarham Zuarida dan Allahayarham Mohd. Rozi juga kelihatan sugul walaupun reda dengan takdir yang meragut nyawa anak dan menantunya itu.

 

Rakan-rakan Allahyarham Zu­arida di Utusan Malaysia juga menzahirkan raut wajah yang sedih ekoran kemalangan yang me­nimpa rakan seperjuangan mereka.

 

Bagi Pengarang Meja Sains dan Teknologi, Laupa Junus, Allahyarham Zuarida merupakan antara sahabat yang berhati mulia dan disenangi oleh rakan-rakan sekerja di Utusan Malaysia.

 

Menurut Laupa, beliau tidak menyangka ucapan selamat tinggal yang diungkapkan oleh Allahyarham sebelum pulang malam tadi merupakan antara kenangan terakhir bersama Allahyarham.

 

“Malam tadi, Allahyarham memberitahu hendak pulang ke rumah kerana suaminya yang datang mengambilnya telah tiba, ketika kami berpisah di pintu lif, dia sempat berpesan kepada saya supaya berhati-hati dan mengucapkan bye (selamat tinggal) kepada saya.

 

“Siapa sangka, dia benar-benar pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” ujarnya sebak ketika ditemui di kediaman Allahyarham.

 

Yang turut sama menziarahi jenazah, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin.

 

Dalam pada itu, mewakili seluruh warga kerja Utusan Malaysia, Abdul Aziz berkata, Allahyarham Zuarida merupakan seorang editor yang komited pada setiap tugas yang diberikan dan dihormati oleh rakan-rakan sepejabat.

 

Menurut beliau, pihak syarikat akan membantu keempat-empat anak Allahyarham Zuarida dan memastikan kebajikan mereka sentiasa diberi keutamaan.

 

Allahyarham Zuarida memulakan perkhidmatan di Utusan Malaysia pada tahun 1995 dan pernah dipindahkan sementara ke majalah Al-Islam terbitan Utusan Karya dan kembali berkhidmat di meja agama sebelum memegang jawatan terakhirnya sebagai pe­ngarang meja itu.

 

Kedua-dua jenazah disembah­yangkan di Masjid As-Salam, Bukit Beruntung dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Beruntung dekat sini selepas solat Jumaat.

 

Tags: , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *