Ibu Mangsa Dera Bertakbir Dan Merintih Melihat Bekas Suaminya

| July 6, 2015 | 0 Comments

Ibu Mangsa Dera Bertakbir Dan Merintih Melihat Bekas Suaminya…PASIR MAS – “Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar… Sampai hati buat anak ‘lagu’’’ ni. Anak kecil lagi,” rintih Sana Abdul Malek yang merupakan ibu kepada mangsa dera, Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, atau Yaya.

1

2 (1)

3

Sana sama sekali tidak dapat menahan tangisannya sebaik sahaja melihat wajah bekas suaminya yang juga suspek kes dera kanak-kanak berkenaan ketika dibawa keluar dari lokap Kompleks Mahkamah Pasir Mas, di sini.

Ibu muda itu berulang kali melaungkan takbir dan merintih tentang tindakan tidak berperikemanusiaan mendera Yaya apabila melihat lelaki yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dan bergari dengan diiringi anggota polis itu mahu menaiki trak.

Biarpun begitu suspek kelihatan tenang dan tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika ‘diserbu’ bekas isterinya.

Sana yang tiba di Kompleks Mahkamah Pasir Mas, di sini pada kira-kira 9 pagi kemudian ditenangkan ahli keluarganya yang turut hadir bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad dan peguam syarie, Normawaddah Ramli.

Terdahulu, tempoh reman ibu tiri dan bapa kandung Yaya yang berakhir hari ini disambung tujuh hari lagi bagi membantu siasatan kes dera kanak-kanak perempuan itu.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali bermula hari ini sehingga 12 Julai ini.

Difahamkan, suri rumah berusia 25 tahun dan suaminya yang merupakan peniaga aksesori kereta berusia 39 tahun itu kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Sebelum ini, kedua-dua suspek yang direman sejak 29 Jun lalu itu mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Kejadian dera membabitkan Yaya terbongkar selepas ibu kandungnya yang mengambil alih hak penjagaan mendapati badan kanak-kanak itu dipenuhi parut dan kesan lebam, selain keadaan fizikalnya yang lemah pada 24 Jun lalu.

Pemeriksaan lanjut mendapati Yaya mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 pada bahagian rusuk, tulang belakang serta pinggul yang sembuh sendiri tanpa menerima rawatan sempurna dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Selain itu, kanak-kanak berkenaan terpaksa menjalani pembedahan utama bagi merawat masalah usus kecilnya yang berpintal, dipercayai akibat dipukul dengan kuat.

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *