Arwah Sempat Minta Maaf Kepada Bapa

| July 8, 2015 | 0 Comments

Arwah Sempat Minta Maaf Kepada Bapa…JEMPOL – Seorang pekerja Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) sempat meminta maaf dan memohon agar bapanya menghalalkan makan minum pada minggu lalu, sebelum dia terlibat dalam kemalangan maut bersama isterinya semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 14 Jalan Bahau-Rompin kira-kira pukul 8.20 malam, Muhammad Mohd. Zin, 36, dan isteri­nya, Shahrinda Kayatin, 35 meninggal dunia di lokasi kejadian apabila motosikal Yahama LC 135 yang dinaiki dirempuh oleh sebuah Proton Iswara dari laluan bertentangan.

 

ek

 

Bapanya, Mohd. Zin Ibrahim, 62 berkata, dia agak terkejut apabila anaknya itu tiba-tiba berkelakuan aneh namun tidak terlalu memikirkannya.

 

“Arwah minta maaf sehingga menangis dan sempat berpesan untuk mengambil wang yang di­pinjam oleh kawannya nanti. Ketika itu arwah pulang ke rumah saya di Felda Palong Tiga bersama keluar­ganya.

 

“Arwah tinggal di Kuarters Sains dekat Bahau dan sering pulang ke rumah saya,” katanya.

 

Jelasnya, dia tidak menduga ta­ngisan mohon maaf daripada anak­nya itu merupakan petanda untuk dia pergi buat selama-lama­nya.

 

“Saya mengetahui mengenai ke­malangan itu apabila seseorang menghubungi saya menggunakan telefon bimbit arwah.

 

“Arwah meninggalkan empat cahaya mata perempuan berumur 9 hingga 17 tahun dan selepas ini saya akan menjaga semua cucu ini. Ke­dua-duanya jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 3 sebelum solat Zuhur,” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Hamzah Alias berkata, ketika kejadian mang­sa dari arah Bahau menghala Rom­pin.

 

“Hasil siasatan awal, sebuah kenderaan Proton Iswara dari arah bertentangan hilang kawalan dan terbabas ke laluan mangsa.

 

“Akibatnya berlaku pertembungan yang kuat, kedua-dua mangsa tercampak ke bahu jalan dan maut di tempat kejadian. Kes ini mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *