TERKINI MH370 … Paket Kertas Tisu Ada Logo MAS Ditemui Di Australia !!!

| March 10, 2015 | 0 Comments

TERKINI MH370 … Paket Kertas Tisu Ada Logo MAS Ditemui Di Australia !!! | Genap setahun kehilangan MH370 pada Ahad, penemuan bungkusan seperti kertas tisu tertera logo MAS oleh sepasang suami isteri di pantai Barat Australia diharap dapat merungkai misteri pesawat malang itu. Memetik laporan Mail Online, kertas tisu itu sedang dianalisis bagi mengesahkan sekiranya ia dari pesawat malang berkenaan.

image

Nine News turut melaporkan penemuan bungkusan kecil itu yang masih belum dibuka di pantai Cervantes, Julai lalu oleh pasangan suami isteri terbabit. Paket tertulis Malaysia Airlines itu dihantar ke Canberra untuk diuji dan disahkan. Pasangan berkenaan dipetik sebagai berkata, “ia tidak terbuka, memang sesuatu yang luar biasa.”

“Jika ia terbuka dan dijumpai terdampar di situ maka ia adalah sesuatu yang berbeza sepenuhnya,” kata pasangan itu. Sementara itu, The Daily Telegraph melaporkan pakar percaya kemungkinan paket kecil bergerak jauh tanpa mengalami sebarang kerosakan. Penemuan terbaharu di pantai Barat Australia itu boleh memberikan petunjuk bagi merungkai misteri pesawat MH370 yang hilang bersama 239 orang di dalamnya pada 8 Mac 2014. KREDIT SINAR HARIAN.

P.S. 1 – Akhirnya Rahsia Saddam Hussein Yang Ramai Tak Tahu Terbongkar.
P.S. 2 – Tanda Rahsia Garis Putih Di Kuku Kita Yang Ramai Tak Tahu
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – Misteri Bangkai Kapal Laut Tersadai Di Puncak Gunung Jerai Yang Ramai Tak Tahu.

Tags: , , , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *