Wanita SEBAK Melihat Mayat Kekasih Dalam Tali Air !!!

| February 12, 2015 | 0 Comments

Wanita SEBAK Melihat Mayat Kekasih Dalam Tali Air !!! | Seorang wanita terkejut apabila kekasihnya seorang warga Nepal ditemui tertiarap dalam tali air selepas motosikal yang ditunggang lelaki itu terbabas di Kemumin, Pengkalan Chepa di sini di percayai awal pagi semalam. Mangsa yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia bertemu kekasihnya itu adalah pada malam kelmarin sebelum kejadian terbabit.

image

Menurut wanita itu, dia terkejut setelah dimaklumkan oleh polis mengenai kejadian berkenaan dan bergegas ke bilik mayat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian tengah hari semalam, untuk membuat pengecaman mayat mangsa bersama majikan kekasihnya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Govind Tharu, 28, merupakan pekerja sebuah kilang di daerah ini.

“Semasa mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10.15 pagi tadi, keadaannya tertiarap di samping turut menemui sebuah motosikal dalam tali air terbabit. Hasil siasatan yang dilakukan, kita tidak menemui sebarang identiti pengenalan diri mangsa dan tiada saksi bebas yang melihat kejadian,” katanya.

Rohaimi berkata, hanya ditemui sebuah telefon bimbit dalam lumpur berhampiran mayat mangsa dan pihaknya berjaya hubungi kekasih mangsa untuk memaklumkan mengenai kematiannya dan membuat pengecaman mayat.

“Mayat disahkan majikan mangsa kira-kira jam 1 petang dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. KREDIT SINAR HARIAN.

P.S. 1 – 5 GAMBAR Cucu Nabi SAW Yang Hensem !!!
P.S. 2 – Pencari Harta Karun Jumpa Benda MENGEJUTKAN Dalam Tanah !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – Misteri Bangkai Kapal Laut Tersadai Di Puncak Gunung Jerai Yang Ramai Tak Tahu.

Tags: , , , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *