QZ8501: Penggera Amaran Berbunyi KUAT Sebelum Terhempas !!!

| January 22, 2015 | 0 Comments

QZ8501: Penggera Amaran Berbunyi KUAT Sebelum Terhempas !!! | Penggera amaran dalam penerbangan AirAsia QZ8501 berbunyi kuat ketika juruterbang cuba menstabilkan pesawat sebelum ia terjunam ke dalam laut, kata seorang penyiasat kemalangan hari ini. Bunyi penggera amaran itu boleh didengari melalui rakaman kotak hitam dari dalam kokpit Airbus A320-200 itu, kata penyiasat yang tidak mahu namanya disiarkan kepada AFP.

9kfLv
Sekadar Gambar Hiasan

“Penggera amaran itu boleh dikatakan berbunyi dengan amat kuat dan dapat didengari suara latar belakang (juruterbang dan pembantu juruterbang) sibuk untuk menenangkan keadaan,” katanya. Penyiasat daripada Jawatankuasa Kebangsaan Keselamatan Pengangkutan Indonesia (NTSC) itu menambah suara juruterbang ditenggelami oleh bunyi penggera yang kuat.

Pendedahan itu dinyatakan selepas Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan berkata pesawat itu mendongak dalam keadaan yang luar biasa ketika ribut dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura sebelum terjunam ke dalam laut.

“Pada minit terakhir, pesawat itu mendongak pada kelajuan yang luar biasa,” kata menteri itu kepada pemberita. Pesawat QZ8501 terhempas di Laut Jawa dengan 162 penumpang dan kru, dan setakat ini hanya 53 mayat dijumpai.

Ketua Jawatankuasa Tatang Kurniadi berkata laporan awal mengenai kejadian itu akan siap pada Selasa, sebulan selepas kemalangan. Beliau berkata laporan penuh tidak akan didedahkan kepada umum, namuan pihak media akan diberitahu sebahagian besar kandungannya. KREDIT ASTRO AWANI.

P.S. 1 – Remaja 18 Tahun Maut Akibat Dari Ciuman Pertama
P.S. 2 – Gambar Ngeri Ular Sawa Baham Budak Perempuan 11 Tahun Di Perak?
P.S. 3 – Bagaimana Coklat Cadbury dibuat. Jangan Terkejut!
P.S. 4 – Misteri Taman Marqueyssac di Perancis
P.S. 5 – Planet Marikh Mempunyai Tasik Ais Batu?

Tags: , , , , , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *