2 GAMBAR : Gadis Pelajar KPM Maut Dirempuh Bas Lepas Beli Makanan Di Gua Musang

| January 26, 2015 | 0 Comments

2 GAMBAR : Gadis Pelajar KPM Maut Dirempuh Bas Lepas Beli Makanan Di Gua Musang | Seorang pelajar perempuan yang baru seminggu melanjutkan pelajaran di Kolej Poly-Tecg MARA-KESEDAR di Gua Musang, Kelantan menemui ajal apabila dirempuh sebuah bas persiaran ketika berjalan kaki pulang ke asramanya, petang semalam.

2

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata siasatan awal pihak polis mendapati ketika tiba di perhentian bas untuk menurunkan penumpang, pemandu bas itu Mohd Rashid Yaacob, 53, tiba-tiba pengsan menyebabkan bas hilang kawalan.

Ia kemudian bergerak sendiri ke hadapan lalu melanggar pelajar itu Nurkhairunnisa Hamzah, 20, yang pulang bersama empat lagi rakan. Nurkhairunnisa kemudian tercampak berhampiran longkang di perhentian bas berkenaan dan maut di tempat kejadian kerana kecederaan teruk di kepala.

Nurkhairunnisa merupakan pelajar jurusan Pengurusan Sumber Manusia di kolej berkenaan. Dua rakan Allahyarham, Nor Aina Sofea Mohd. Salleh, 20, cedera parah di bahagian paha serta pendarahan di kepala dan Norhasili Shafikah Hasbullah, 20, mengalami kecederaan di tengkuk.

Nurkhairunnisa Hamzah -Alfatihah

Manakala dua lagi rakannya Siti Nurfalinda Mohd. Asri, 18, dan Nur Asila Atiqah Shaharuddin, 18, tidak mengalami sebarang kecederaan. Saiful Bahri memaklumkan jenazah Nurkhairunnisa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk dibedah siasat dan telah dituntut oleh keluarganya pagi tadi untuk dikebumikan di Rawang.

“Pemandu bas yang dilaporkan sakit perut sebelum pengsan kini sedang dirawat di HGM,” katanya. Ajal Nurkhairunnisa terjadi ketika mereka baru sahaja membeli makanan di sebuah tapak ekspo bersebelahan perhentian bas berkenaan.

Bas berkenaan turut melanggar sebuah kenderaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diparkir berhampiran. Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987. AL FATIHAH. Credit MYNEWSHUB.CC

P.S. 1 – 5 GAMBAR Cucu Nabi SAW Yang Hensem !!!
P.S. 2 – Pencari Harta Karun Jumpa Benda MENGEJUTKAN Dalam Tanah !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – Misteri Bangkai Kapal Laut Tersadai Di Puncak Gunung Jerai Yang Ramai Tak Tahu.

Tags: , , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *