Kisah Lori Muatan Babi Terbalik

| August 4, 2014 | 0 Comments

Kisah Lori Muatan Babi Terbalik | Hampir 30 babi berkeliaran di atas jalan selepas terjatuh daripada lori muatan yang terbalik di persimpangan bertingkat Jalan Pontian-Skudai di sini. Dalam kemalangan jam 11 pagi tadi, lori terbabit dalam perjalanan ke pusat penyembelihan babi yang terletak di Taman Bukit Kempas di sini.

1
2

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abd Rahman berkata, badan lori yang menempatkan haiwan berkenaan terbalik secara tiba-tiba ketika tiba di selekoh persimpangan bertingkat itu.

“Apabila sampai di selekoh, badan lori itu terbalik menyebabkan semua babi ini jatuh sebelum berkeliaran di atas jalan raya,” katanya. Bagaimanapun, katanya pemandu lori dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu.

P.S. 1 – Ustaz Azhar Idrus Diganggu Makhluk Halus Ketika Beri Ceramah Agama
P.S. 2 – Misteri Ular Gergasi Di Mesir Terbongkar
P.S. 3 – Bagaimana Coklat Cadbury dibuat. Jangan Terkejut!
P.S. 4 – Misteri Taman Marqueyssac di Perancis
P.S. 5 – Planet Marikh Mempunyai Tasik Ais Batu?

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *