Ngeri! Remaja Maut Dirempuh Kereta Api Di Kuala Krai (5 Foto)

| May 5, 2014 | 0 Comments

Ngeri! Remaja Maut Dirempuh Kereta Api Di Kuala Krai (5 Foto) | Kes kejadian dirempuh kereta api boleh dianggap perkara yang amat jarang berlaku. Kebiasaannya, kawasan landasan kereta api sentiasa dikawal dan dipagari dengan dawai besi bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi dua orang lelaki apabila mereka dirempuh sebuah kereta api di Kuala Krai, Kelantan. Ekoran daripada kejadian itu, seorang remaja maut di tempat kejadian. Boleh lihat gambar di bawah ini.

remaja1

Kuala Krai: Seorang remaja maut manakala bapa saudaranya parah selepas dirempuh kereta api ketika melintasi landasan dalam kejadian dekat Sekolah Kebangsaan (SK) Lepan Kabu, Kampung Pahi, petang tadi.

Kejadian berlaku jam 3 petang ketika mangsa Mohamad Aiman Mat Hussin, 17, menunggang motosikal bersama bapa saudara Che Nik Che Awang, 55, untuk ke majlis perkahwinan jiran tidak jauh dari rumah mereka.

remaja2

Ketua Polis Daerah Superintendan Ab Rahim Che Ghani yang mengesahkan kejadian berkata, kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Tumpat sebelum merempuh kedua-dua mangsa.

Katanya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Krai namun Mohamad Aiman meninggal dunia ketika dirawat, seorang lagi mangsa kritikal dan masih dirawat , katanya. Credit HM

remaja3

remaja4

remaja5

P.S. I – Kreatif! Rekabentuk Rumah Seperti UFO
P.S. II – Pelik! Payung Tergantung Sepanjang Jalan Di Portugal
P.S. III – Rekabentuk Taman Permainan Seperti Seekor Buaya

Sumber : Sinar

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *