Ngeri! Lori Balak Kemalangan Gilis Pejalan Kaki (Video)

| May 7, 2014 | 0 Comments

Ngeri! Lori Balak Kemalangan Gilis Pejalan Kaki (Video) | Sebagai seorang pemandu ataupun kelindan lori, kita seharusnya lebih berhati-hati kerana tersilap langkah, ia boleh menyebabkan nyawa seseorang melayang. Terdapat satu video yang memaparkan tentang sebuah lori yang membawa berat muatan balak. Apa yang berlaku ialah pemandu berkenaan secara tidak sengaja telah menyebabkan kayu balak terbalik dan menyebabkan ia menggilis orang awam yang berada di bahu jalan. Anda boleh tonton video di atas ini.

Kemalangan Ngeri

Ada sebabnya mengapa setiap kenderaan diberikan had laju tertentu ketika berada di jalanraya mahu pun melepasi selekoh.

Seharusnya undang-undang dipatuhi saja kerana pihak berkuasa sudah tentu telah menjalankan kajian sebelum menguatkuasakan had laju sesuai.

Jika tidak mematuhi had laju sepatutnya, inilah contoh terburuk yang boleh berlaku.

Bayangkan, pemandu sebuah lori yang sarat dengan muatan balak boleh ‘layan corner’ dengan selamba. Padahnya, kayu-kayu balak yang diikat di belakang lori tercabut lalu menghentam penghadang jalan.

Malangnya, ada pula manusia sedang berada di situ sewaktu kejadian itu berlaku. Maka, berlakulah tragedi kematian ngeri ala Final Destination.

Sewaktu layan corner pemandu lori mungkin hanya terfikir bahawa dia melanggar undang-undang. Tapi bila ada nyawa yang melayang seperti ini, bersedialah untuk menjawab dan bedepan tindakan undang-undang.

Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, kita sebagai pemandu boleh mengambil iktibar supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalanraya. Siapa boleh menduga, kalau kecuaian kita boleh mengkibatan nyawa orang lain melayang seperti ini.

P.S. I – Gambar Restoran Hello Kitty di Korea
P.S. II – 7 Taman Tema Terpelik Di Dunia!
P.S. III – Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber : Sentiasa Panas

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *