Ngeri! Gambar Kemalangan Lotus Elise Berkecai Dekat RnR Pagoh (8 Foto)

| January 11, 2014 | 0 Comments

Ngeri! Gambar Kemalangan Lotus Elise Berkecai Dekat RnR Pagoh (8 Foto) | Mungkin apabila setelah melihat gambar di bawah ini, ada yang beranggapan bahawa si pemandu telah mati dalam kejadian yang mengerikan ini. Namun begitu, biarpun kereta yang dipandu oleh seorang lelaki ini hancur berkecai, si pemandu dikatakan masih lagi hidup dan cuma mengalami kecederaan parah. Kereta ini merupakan sebuah model Lotus Elise yang dipercayai dipandu laju sehingga terbabas. Sampai tak nampak model sebenar pula. Jom lihat gambar kemalangan Lotus Elise di bawah ini.

lotus1

MUAR: Meskipun keseluruhan badan kereta mewah jenis Lotus yang dipandunya berkecai dan hanya tinggal rangka, seorang lelaki terselamat daripada maut selepas terbabas melanggar bukit di Kilometer 147.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh di sini, awal petang tadi.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Lim Lik Wie, 40, dipercayai berasal dari Johor Bahru cedera parah manakala anjing peliharannya mati di tempat kejadian.

Sebelum kejadian, dia yang dipercayai memandu laju kenderaan berkuasa tinggi itu.

lotus2

Kemalangan itu mengakibatkan kereta itu rosak teruk bagaimanapun mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Kejadian turut menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah lebuh raya sejauh kira-kira dua kilometer.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, pemandu kereta berkenaan yang cedera di beberapa bahagian badan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan kecemasan.

lotus3

lotus4

lotus5

lotus6

lotus7

lotus8

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – 5 Tempat Paling Ajaib di England
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber : Tengok Tv

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *