Ngeri! Badan Hancur Perut Terburai Dihempap Lori (8 Foto)

| August 13, 2013 | 0 Comments

Ngeri! Badan Hancur Perut Terburai Dihempap Lori (8 Foto) | Baru dua hari kenderaan berat dibenarkan untuk bergerak semula di atas jalan raya selepas hari raya, sebuah lori tangki minyak telah terlibat satu kemalangan ngeri. Kemalangan ini dipercayai telah meragut seorang lelaki yang dipercayai pemandu lori berkenaan. KisahBest.My difahamkan kemalangan berlaku apabila kenderaan dipandunya terbabas dan terhumban dari jejambat setinggi 20 meter. Memang mengerikan jika kemalangan melibatkan lori ini.

lori1

Nilai: Seorang pemandu lori tangki gas petroleum cecair (LPG) maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terhumban dari jejambat setinggi 20 meter di Kilometer 280.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini semalam.

Mangsa G. Perumal, 59, dari Taman Pantai Mas, Port Dickson, cedera parah di bahagian badan apabila tercampak dan digilis kepala lori yang remuk dalam kejadian pukul 3.40 petang.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian itu, pemandu lori tangki terbabit dipercayai hilang kawalan dan terlanggar penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya, menyebabkan kenderaannya jatuh kira-kira empat meter ke bawah jejambat.

Katanya mangsa mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Ketua Operasi Bomba Zainal Ahmad berkata siasatan awal mendapati lori tangki berkenaan kosong dan sedang dalam perjalanan balik ke Port Dickson setelah menghantar bekalan LPG ke Ipoh, Rawang dan Kepong apabila kemalangan itu berlaku.

Katanya sebuah jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai serta enam anggota bomba yang berada di kawasan Rawat dan Rehat Nilai membantu operasi menyelamat itu.

Berikutan kemalangan itu, laluan berkenaan (Jalan Nilai-Pajam) terpaksa ditutup bagi membolehkan lori tangki LPG itu dialihkan.

lori2

lori3

lori4Terdengar bunyi kuat

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali dengan nama Siow, 50, berkata ketika melalui terowong di bawah lebuh raya itu dari Taman Semarak, di sini untuk ke pekan lama Nilai, dia terdengar bunyi yang kuat dan ketika melihat cermin pandang belakang, dia melihat sesuatu terjatuh dari jejambat sebelum disusuli kepulan asap.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Zainal Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 3.45 petang dan menghantar 12 anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, pemandu lori itu dalam perjalanan ke stor penyimpanan LPG di Port Dickson selepas menghantar bahan itu di Ipoh, Perak dan Kepong, Selangor.

lori5

lori6 lori7 lori8

P.S. I – Menakjubkan! Hanya Satu Tempat Sahaja Di Jepun
P.S. II – Restoran Yang Paling Unik Di Dunia!
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber : Kemalangan

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *