Ngeri! Tragedi Berdarah Konvoi Motosikal Di Kota Tinggi Johor

| July 1, 2013 | 0 Comments

Ngeri! Tragedi Berdarah Konvoi Motosikal Di Kota Tinggi Johor | Aktiviti berkonvoi adalah satu aktiviti yang sangat menarik. Aktiviti berkonvoi kebiasaannya disertai oleh pemilik kereta mahupun motosikal. Semalam, satu kemalangan ngeri telah berlaku membabitkan satu kumpulan motosikal berkuasa tinggi di Kota Tinggi Johor yang sedang berkonvoi. Malang tidak berbau apabila dua penunggang motosikal telah merempuh sebuah lori yang dilihat dalam keadaan melintang dipercayai telah hilang kawalan sebelum itu. Difahamkan juga, kebakaran kecil juga berlaku pada motosikal terbabit. Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban.

lori1

Dua penunggang meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera selepas konvoi mereka merempuh sebuah lori tangki di Kilometer 38, Jalan Johor Bahru-Mersing. Kemalangan berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari berhampiran susur masuk ke Taman Daiman Jaya di sini ketika konvoi 16 buah motosikal berkuasa tinggi dan lima buah kereta itu dalam perjalanan pulang dari Johor Baharu menuju ke Kuala Terengganu.

Punca Kejadian Kemalangan Maut

lori2

Kemalangan tersebut berlaku selepas lori tangki tersebut dari arah Mersing dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melintang di jalan raya. Dalam masa yang sama konvoi tersebut yang datang dari arah Johor Bahru tidak sempat mengelak lalu merempuh lori tersebut sehingga menyebabkan salah sebuah motosikal terbakar manakala sebuah lagi motosikal terputus dua.

Senarai Nama Mangsa Terkorban

  1. Abdul Rashid Mansor, 48, beralamat di Taman Ibai Indah, Ibai Golf Resort Kuala Ibai, Kuala Terengganu
  2. Mohamad Hisham Salleh, 36 dari Kampung Gemuroh, Marang Terengganu.

P.S. I – Koleksi Rumah Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Luar Biasa! Restoran Dibina Bersebelahan Air Terjun
P.S. III – Seram! Bandar Berhantu Di Amerika Syarikat

Sumber : Melvister

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *