Ngeri! Kemalangan Kepala Wanita Tembus Cermin Van

| July 22, 2013

Ngeri! Kemalangan Kepala Wanita Tembus Cermin Van | Rasanya sudah banyak video kemalangan ngeri berlaku di China. Lihat sahajalah di laman Youtube, antaranya seperti kes budak kena lenyek,kena langgar dan sebagainya. Baru-baru ini pula, satu kejadian kemalangan telah berlaku yang melibatkan sebuah van dipandu seorang wanita. Apa yang mengejutkan, kepala pemandu wanita berkenaan didapati telah menembusi cermin van. Bagaimanapun wanita terbabit selamat dan kini stabil di hospital.

van

Seorang wanita terselamat daripada maut apabila kepalanya menembusi cermin kereta selepas mengalami kemalangan yang serius.

Memetik laporan The Sun, akibat ditembusi cermin kereta, muka wanita itu mengalami pendarahan yang amat serius.

Kejadian yang berlaku pada Rabu lalu apabila van yang dinaiki wanita itu melanggar belakang sebuah lori di Guizhou dalam Wilayah Guangxi, China.

Wanita tersebut yang tidak memakai tali pinggang keledar telah tercampak ke hadapan lalu kepalanya menghentam dan menembusi cermin van yang dinaikinya.

Pasukan penyelamat terpaksa menyelamatkan pemandu van tersebut yang tidak sedarkan diri.

Selepas menyelamatkan pemandu, pasukan penyelamat membesarkan lubang disekeliling tengkuk wanita itu untuk menariknya keluar.

Menurut doktor, wanita dan pemandu van tersebut berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: The Sun

P.S. I – Gambar Restoran Hello Kitty di Korea
P.S. II – 7 Taman Tema Terpelik Di Dunia!
P.S. III – Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber : MyNewshub

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Comments are closed.