Gambar Kemalangan Maut Pelajar Malaysia Di Jordan 21 Jun 2013

| June 23, 2013 | 3 Comments

Gambar Kemalangan Maut Pelajar Malaysia Di Jordan 21 Jun 2013 | Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memaklumkan berhubung kemalangan yang melibatkan lima (5) orang pelajar Malaysia di Jordan. Pada 21 Jun 2013 (Jumaat), antara jam 5.00 – 6.00 petang (waktu Jordan) sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh lima (5) orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.

2

Pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah :-

1- Sumaiyah Binti Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam,

2- Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam,

3- Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan pelajar tahun empat di London School of Economy tajaan Bank Negara Malaysia,

4- Mohamad Shukri Bin Alias pelajar tahun tiga dalam bidang pengajian islam di Universiti Yarmouk

5- Humairak Binti Ibrahim pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk.

Dalam kemalangan tersebut, seorang pelajar iaitu Sumaiyah Binti Romli meninggal dunia manakala empat orang yang lain cedera. Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan. Pejabat Education Malaysia Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA) telah memeriksa keadaan semua mangsa dan dalam proses menguruskan jenazah dan mangsa yang terlibat.

Keluarga mangsa yang meninggal dunia telahpun dimaklumkan. SUMBER – Bernama via Kementerian Pendidikan Malaysia.

3
Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera)
4
Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah)

P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. liling says:

    takziah kepada keluarga mangsa. al fatihah.

  2. Eira Mieze Nsr says:

    Salam Takziah bt seluruh klga Allahyarhamah Sumaiyah binti Ramli…
    Smga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke ats roh Allahyarhamah Sumaiyah serta akn d tmptkn brsma2 org2 yg solehah dan beriman…
    Dan smga keempat-empat sahabat Allahyarham yg cedera akan cpt sembuh
    Aminyarobbal’alamin

  3. Eira Mieze Nsr says:

    Salam Takziah bt seluruh klga Allahyarhamah Sumaiyah binti Ramli…
    Smga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke ats roh Allahyarhamah Sumaiyah serta akn d tmptkn brsma2 org2 yg solehah dan beriman…
    Dan smga keempat-empat sahabat Allahyarham yg cedera akan cpt sembuh
    Aminyarobbal’alamin

    AL FATIHAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *