Mengancam! Bas Unik Menggunakan Kaki (Menarik!)

| May 19, 2013

Mengancam! Bas Unik Menggunakan Kaki (Menarik!) | Setiap orang mempunyai pengalaman berbeza-beza ketika mahu ke sekolah. Ada yang menaiki bas, berjalan kaki, menaiki kereta dan lebih popular lagi menaiki basikal. Tetapi kebiasaannya sekolah di bandar, pelajar banyak menggunakan bas berbanding di luar bandar. Tetapi bas di bawah ini adalah merupakan sebuah bas yang direka cipta untuk pelajar khususnya. Apa matlamat bas unik ini? Ia bertujuan membawakan konsep team work yang mana secara tidak langsung, pelajar akan sihat apabila berkayuh ke sekolah. Menarik!

bas2

Mungkin bas ini warnanya sama dengan bas sekolah yang menjemput kanak-kanak setiap hari ke sekolah. Tahap obesiti pada kanak-kanak mungkin akan menurun dan kita akan melihat generasi penerus kita semakin sihat dan mungkin inilah yang disukai kanak-kanak. Bus tenaga kaki kanak-kanak ini adalah bas sekolah bertenaga pedal tetapi bukan bas sekolah betulan yang benar-benar menjemput mereka setiap hari untuk bersekolah, tetapi ini sebuah konsep yang cukup revolusioner dan mungkin menguntungkan dengan alasan apapun.

bas1

Bas bertenaga kaki ini adalah hasil karya De Cafe Racer  yang boleh disewa,untuk tujuan rekreasi di negeri Belanda. Dilengkapi dengan beberapa tempat duduk kanak-kanak hampir sepanjang chasis, dan sebuah kokpit pemandu dengan saiz dewasa yang bertindak seperti kapten kapal yang bertugas memandu dan mengatur jalan bus. Apabila dihantar ke Amerika mungkin akan banyak hal baik yang akan terjadi, bukan hanya murid-murid disana menjadi lebih sihat, tetapi mengajarkan bagaimana untuk bekerja dalam sebuah team work. kenderaan ini tidak akan bergerak apabila semua penumpang menggantungkan kaki mereka dengan posisis relax tanpa menyentuh pedal.

Sebenarnya yang seperti ini boleh juga dibuat di malaysia, dan menghasilkan generasi penerus yang lebih sihat, padat dan lebih bertanggung jawab.

P.S. I – 5 Tempat Paling Best di Malaysia
P.S. II – 8 Makanan Paling Menarik di UK
P.S. III – Perkahwinan Dengan Penguin di Langkawi. Biar betul???!

Sumber : Dairi Share

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Automotif

About the Author ()

Comments are closed.