Ngeri! Lori Langgar Lampu Isyarat Bertempung Lori Yang Lain

| December 18, 2012 | 0 Comments

Ngeri! Lori Langgar Lampu Isyarat Bertempung Lori Yang Lain | Jika kita berada di persimpangan lampu isyarat, mungkin kita akan sempat melihat segelintir pemandu kereta mahupun penunggang motosikal bertindak melanggar lampu isyarat. Perkara itu sebenarnya membahayakan diri dan pengguna jalan yang lain. Tetapi bagaimana pula dengan pemandu lori? Akibat memandu melanggar lampu isyarat, sebuah lori telah terlibat dengan kemalangan jalan raya akibat merempuah sebuah lori yang lain.

lori

Kegagalan seorang pemandu lori 10 tan memberhentikan kenderaannya di persimpangan lampu isyarat merah membawa padah  apabila bertembung dengan sebuah lagi lori yang baru keluar dari simpang.

Kejadian yang berlaku di simpang empat di Jalan Pahang menghala ke Jalan Gombak sekitar semalam menyebabkan pemandu mengalami kecederaan kecil.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, kaki dan badan pemandu lori itu tersepit beberapa minit sebelum dibantu serta dikeluarkan orang awam.

Dia juga memaklumkan, lori yang dari arah Kuala Lumpur itu gagal mengawal kenderaan apabila lampu isyarat bertukar merah.

Sementara sebuah lagi lori yang baru keluar dari simpang gagal mengelak menyebabkannya berlanggar.

Tiada kehilangan nyawa dilaporkan namun menyebabkan jalan yang sentiasa padat dengan kenderaan itu mengalami kesesakan lalu lintas seketika.

Keadaan lori yang membawa muatan pasir itu juga mengalami kerosakan 30 peratus apabila cermin hadapannya pecah dan sisi di bahagian pemandu remuk.

P.S. I – Kreatif! Rekabentuk Rumah Seperti UFO
P.S. II – Pelik! Payung Tergantung Sepanjang Jalan Di Portugal
P.S. III – Rekabentuk Taman Permainan Seperti Seekor Buaya

Sumber : Sinar Harian

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *