Cemas! Tragedi Motosikal Hanyut Dalam Banjir Di Terengganu (6 Foto)

| December 28, 2012 | 0 Comments

Cemas! Tragedi Motosikal Hanyut Dalam Banjir Di Terengganu (6 Foto) | Banjir pada tahun ini dicatatkan antara yang terburuk terutama sekali di kawasan pantai timur. Banjir yang telah berlaku ini telah mengorbankan beberapa nyawa seperti yang dilaporkan oleh pihak media. Pada masa yang sama, terdapat satu kejadian yang cukup mencemaskan. Seorang lelaki nyaris maut dihanyutkan dalam banjir di Terengganu baru-baru ini. Namun dirinya berjaya diselamatkan akan tetapi motosikalnya terus dihanyutkan sehingga tenggelam dibawa arus. Boleh lihat gambar di bawah ini.

deras1

Turutan gambar detik-detik cemas seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di sini, hari ini.

Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu. Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal.

deras2

deras3

Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu. Banjir yang melanda Terengganu sejak Ahad semakin bertambah buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 2,594 pagi ini berbanding 1,301 malam tadi.

P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Korea
P.S. II – 10 Asrama Paling Seram di Eropah
P.S. III – Subhanallah! Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber : Aku Stress Giler

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *