Tragedi Nahas Kemalangan Di Plaza Tol Setul

| November 17, 2012 | 0 Comments

Tragedi Nahas Kemalangan Di Plaza Tol Setul | Kebiasaannya kemalangan yang sering berlaku di plaza tol adalah membabitkan rempuhan oleh sebuah lori. Oleh kerana itulah kita sebenarnya terdedah kepada bahaya jika berada di lorong kenderaan berat di sebelah kiri. Namun itu hanyalah sebahagian daripada andaian kerana baru sahaja satu kemalangan teruk telah berlaku di Tol Setul. Ia tidak mempunyai kaitan dengan kenderaan berat, akan tetapi rempuhan itu berlaku membabitkan  kereta Proton Persona dan Waja.

“Saya terkejut sebaik mahu membayar tol, tiba-tiba sebuah kereta dari belakang merempuh kereta saya hingga meluncur laju dan melanggar palang tol,” kata A Mohindaran, 52, mangsa kemalangan membabitkan dua kenderaan di Plaza Tol Setul menghala Seremban, di sini, semalam.

Dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, kereta Proton Persona dinaiki tujuh sekeluarga merempuh belakang kereta dinaiki Mohindaran menyebabkan seorang daripada mereka patah tangan kiri manakala yang lain cedera ringan termasuk dua kanak-kanak.

REMUK…keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan.

BANTU…mangsa dipapah pasukan keselamatan selepas diberi rawatan kecemasan.

Mohindaran berkata, dia yang menaiki kereta Proton Waja dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuala Pilah dari ibu kota tidak sempat membayar tol akibat kejadian itu.

“Kejadian terlalu pantas apabila saya terdengar bunyi rempuhan kuat sebelum kereta meluncur laju ke depan.

“Sebaik tiba di tol saya sempat menyerahkan tiket tol kepada jurutol. Tapi belum sempat saya keluarkan duit, saya rasa kereta seperti ‘dihempap’ dari belakang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *