Model Kereta Konsep Smart Forstars (6 Foto)

| October 7, 2012

Melayukini.net – Model Kereta Konsep Smart Forstars (6 Foto) | Sudah lama Melayukini.net tidak menyiarkan tentang model kereta konsep. Kali ini terdapat sebuah model konsep yang dikenali sebagai smart forstars, dipertontonkan kepada umum di Paris Motor Show 2012 hadir dengan reka bentuk unik dan mendapat perhatian ramai pengunjung. smart forstars mempunyai dua tempat duduk dan dipacu oleh sistem pemanduan eletrik, yang menampilkan intergrasi unik projektor video di bahagian bonet depan. Boleh lihat gambar di bawah ini.

Sistem janaan tenaga eletrik smart forstars berasaskan konsep pacuan inovatif yang boleh dilihat pada model pacuan eletrik smart fortwo BRABUS. Keluaran kuasa dari motor eletrik-magneto telah ditingkatkan kepada 80bhp berbanding model produksi pacuan eletrik smart, memberikannya prestasi lebih mantap dan hidup.

Dengan tork berkuasa setinggi 135Nm, bebas lag pecutan dan mampu memotong kenderaan lain dengan mudah, smart forstars mempunyai kelajuan puncak melebihi 80 mph. Ia dilengkapi bateri lithium-ion dengan kapasiti 17.6 kWh. Bersama-sama teknologi projektor video, smart forstars membawa satu lagi dimensi baru untuk sebuah kereta bandar bagi kegunaan masa depan.

Melayukini.net -  Kereta yang direka hanya dua tempat duduk dan juga mempunyai dua pintu. Kereta ini dilihat sebagai sebuah kereta mini berkonsepkan kereta mewah. Jika anda melihat ruang dalamannya penuh dengan rekaan yang tampak baru dan moden.

P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Korea
P.S. II – 10 Asrama Paling Seram di Eropah
P.S. III – Subhanallah! Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Arena Kereta | Koleksi Automatif Melayukini.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Automotif

About the Author ()

Comments are closed.