Mengancam! Honda Malaysia Lancar CR-V Limited (3 Foto)

| October 20, 2012

Melayukini.net – Mengancam! Honda Malaysia Lancar CR-V  Limited |  Jika anda sendang berkira-kira mahu membeli sebuah kereta berjenama Honda, mungkin artikel ini boleh membantu. Honda sememangnya sudah mencipta nama di industri sebagai pengeluar kereta yang mempunyai rekod yang baik. Baru-baru ini pihak Honda Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan versi naik taraf Honda CR-V “Limited” dengan penampilan luaran lebih sporti dan bahagian dalam yang dipertingkatkan untuk lebih keselesaan penumpang.

Honda CR-V “Limited” merupakan sebuah lagi model CKD (Completely Knock-Down) daripada Honda Malaysia, di mana CR-V merupakan akronim daripada perkataan “Comfortable Runabout Vehicle”.

CR-V “Limited” didatangkan bersama gril depan Modulo, ‘tailgate spoiler’, ‘illuminated side steps’, tempat duduk kulit dan skrin sentuh navigasi terbina dalam dengan fungsi kamera pandang belakang.

Dijana oleh enjin 2.0L i-VTEC yang lancar dan cekap penggunaan bahan api, ia dipadankan bersama transmisi automatik lima kelajuan yang memberikan rasa pemanduan selesa dan menyeronokkan.

Ciri-ciri keselamatan pada CR-V “Limited” turut dipertingkatkan untuk pemandu dan penumpang. Kaca penghadang angin depannya dilengkapi filem penebat haba keselamatan premium bagi mengelakkannya berkecai jika ianya pecah.

Sebagai tambahan untuk dwi-beg udara keselamatan SRS, CR-V “Limited” kini turut dilengkapi beg udara sisi dengan ciri OPDS (Occupant Position Detection System) yang mampu mengesan saiz dan ketinggian penumpang untuk meningkatkan ciri keselamatannya.

Ciri-ciri keselamatan lain termasuklah G-CON (G-Force Control Technology) yang membantu mengurangkan impak terhadap struktur badan kenderaan apabila berlaku kemalangan, ABS (Anti-lock Braking System), EBD (Electrical Brakeforce Distribution), BA (Brake Assist) dan VSA (Vehicle Stability Assist).

Honda CR-V “Limited” boleh ditempah di semua bilik pameran Honda dalam pilihan lima warna menarik iaitu ‘Titanium’, ‘Alabaster Silver’, ‘Polished Metal’, ‘Crystal Black’ dan ‘Taffeta White’. Harga atas jalan yang ditawarkan pula sebanyak RM153,980.00.

Melayukini.net – Sememangnya kereta Honda CRV sudah berada lama di pasaran. Namun berkemungkinan untuk membuat penjenamaan semula, Honda mengambil langkah membuat pengubahsuaian yang dikenali sebagai Honda CRV Limited. Harganya pun boleh tahan. Sesiapa berminat, bolehlah membuat tempahan segera ya.

P.S. I – Koleksi Rumah Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Luar Biasa! Restoran Dibina Bersebelahan Air Terjun
P.S. III – Seram! Bandar Berhantu Di Amerika Syarikat

Sumber: Arena Kereta | Koleksi Automatif Melayukini.net

RelatedPost

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Automotif

About the Author ()

Comments are closed.