Mengancam! Gambaran Kedua Model Proton Preve Versi Hatchback

| October 24, 2012

Melayukini.net – Mengancam! Gambaran Kedua Model Proton Preve Versi Hatchback | Sebelum ini Melayukini.net pernah menyiarkan gambaran awal yang telah ‘diphotoshopkan’  model proton Preve versi hatchback (LINK), namun kali ini ia adalah gambaran kedua yang bakal akan keluar tidak lama lagi. Walaubagaimanapun versi ini tidak akan diperkenalkan di Malaysia, namun akan mula diperkenalkan di pasaran Australia awal tahun 2014. Boleh lihat gambar di bawah ini.

Sewaktu sidang media memperkenalkan dua model baharu Proton di Australia International Motor Show (AIMS) 2012 baru-baru ini, Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil telah mengesahkan bahawa model Preve dalam versi ‘hatchback’ akan diperkenalkan di pasaran Australia mulai awal 2014.

Melihat kepada kenyataan tersebut, Preve hatchback dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia paling lewat pada pertengahan tahun 2013. Ini bermakna versi prototaip model itu bakal dilihat di jalan raya tidak lama lagi. Namun belum dapat dipastikan sama ada Preve hatchback akan dibekalkan kotak gear manual untuk digandingkan bersama enjin CFE.

Menurut beberapa spekulasi awal sebelum ini, Proton telah membuat keputusan untuk tidak memperkenalkan Preve hatchback CFE versi manual atas alasan permintaan pasaran yang kurang untuk kereta jenis tersebut. Sebagai pembuat kereta, Proton perlu mengutamakan keuntungan berbanding mengeluarkan kereta dalam pasaran ‘niche’ yang sukar memberikan pulangan modal.

Walau apa pun spekulasi yang timbul, prototaip Preve hatchback antara model yang dinantikan-nantikan kemunculannya di jalan raya ketika ini. Jika bernasib baik, kita boleh melihat gambaran awal reka bentuk Preve hatchback dalam tempoh masa 2 atau 3 bulan lagi. Sehingga itu, adakah Proton Preve hatchback mempunyai reka bentuk sama seperti gambaran imej di atas?

Melayukini.net – Oh jadi bermakna, gambaran di atas masih lagi belum dikira gambaran sebenar dan hanya dikira sebagai versi prototaip sahaja. Kita tunggu sahaja dari pihak proton tentang versi hatchback yang bakal keluar pada tahun hadapan. Proton melihat versi hatchback juga mampu memberikan pulangan keuntungan yang berganda seperti yang dilakukan oleh syarikat-syarikat lain.

P.S. I – Koleksi Rumah Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Luar Biasa! Restoran Dibina Bersebelahan Air Terjun
P.S. III – Seram! Bandar Berhantu Di Amerika Syarikat

Sumber: Arena Kereta | Koleksi Automatif Melayukini.net

RelatedPost

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Automotif

About the Author ()

Comments are closed.