Mengancam! Mitsubishi Menaik Taraf Model Lancer 2.0 GT

| September 17, 2012

Melayukini.net - Mengancam! Mitsubishi Menaik Taraf Model Lancer 2.0 GT  | Jenama Mitsubishi antara jenama popular yang diminati oleh golongan muda terutamanya. Kereta ini juga antara model yang digunapakai oleh pihak polis dalam membanteras jenayah di Malaysia. Model popular Mitsubishi ini juga merupakan  inspirasi kepada model Proton Inspira. Terbaru Lancer 2.0 GT kini telah mengalami peningkatan menarik untuk tahun 2012. Hadir dengan rupa paras lebih sporti dan bergaya, Lancer 2.0 GT baharu ini dilengkapi pakej naik taraf lengkap meliputi bahagian luaran dan dalaman, antaranya termasuk kit badan penuh di bahagian depan, sisi dan belakang.

Lebih menyerlahkan penampilannya kini ialah kehadiran lampu depan L.E.D siang hari (daytime running lights), kemasan kulit Nappa premium di bahagian dalam, kamera undur dan beberapa ciri naik taraf lain. Mitsubishi Lancer 2.0 GT dikuasakan enjin 2.0 liter MIVEC (DOHC MIVEC 2.0-litre 16-valve) dengan kuasa 150ps dan 197Nm, seterusnya dipadankan transmisi CVT (with 6-step Sports Mode) yang cukup bertenaga untuk membuktikan kehebatannya di jalan raya.

Dengan pelbagai peningkatan yang dilakukan, Lancer 2.0 GT baharu kini ditawarkan pada harga sedikit tinggi sebanyak RM128,995.00 (harga atas jalan termasuk insuran), berbanding harga asal RM123,980.00. Model yang diimport secara CBU dari Jepun ini boleh didapati dalam tiga warna; Putih, Hitam dan Merah (White Solid, Black Mica & Red Metallic).

Melayukini.net – Sememangnya kereta Mistibishi Lancer antara kereta idaman rakyat Malaysia. Benarkah? Mungkin ya mungkin tidak. Namun ada juga yang turut meminati model Honda seperti Honda Type R. Apa-apapun, kita perlu bekerja keras sekiranya mengimpikan sebuah kereta model Mitsubishi Lancer ini. Terbaik!

P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh

Sumber: Arena Kereta | Koleksi Automatif Melayukini.net

RelatedPost

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Automotif

About the Author ()

Comments are closed.