Benarkah Ini Gambaran Awal Reka Bentuk Proton Preve Versi Hatchback?

| September 27, 2012

Melayukini.net – Benarkah Ini Gambaran Awal Reka Bentuk Proton Preve Versi Hatchback? | Selepas pihak proton mengeluarkan kereta model Preve sedan, bagaimana pula jika pihak proton mengeluarkan pula preve versi hatchback. Sama seperti anda, kami juga masih menantikan info terkini mengenai model terbaru Proton Preve versi hatchback, atau lebih dikenali dengan kod P3-22A. Bagaimanakah reka bentuk sebenar model hatchback yang paling dinanti-nantikan itu?

Di sini saya paparkan dua keping gambar ‘photoshop’ hasil rekaan bro Fauzan yang boleh memberikan kita sedikit sebanyak gambaran awal berkenaan reka bentuk Proton P3-22A. Menurut beliau, versi pertama mengambil inspirasi daripada model Ford Fiesta hatchback, manakala versi kedua diinspirasikan daripada model Mazda3.

Proton Preve hatchback Proton P3 22A 2 Gambaran awal mengenai reka bentuk Proton Preve versi hatchback (Proton P3 22A)

Apa pendapat anda? Versi manakah yang lebih menarik di antara dua keping gambar di atas? Atau adakah kemungkinan Proton P3-22A yang akan dikeluarkan oleh Proton nanti bakal tampil dengan reka bentuk lebih radikal bagaikan Ford Focus ST?

Melayukini.net – Mungkin ada di antara tertunggu bagaimanakah reka bentuk yang sebenar proton preve bagi versi hatchback ini. Sama seperti kenderaan-kenderaan lain contohnya Mistubishi Lancer yang turut mempunyai versi hatchback. Versi ini mempunyai keunikan yang tersendiri bergantung kepada individu yang meminatinya.

P.S. I – 5 Tempat Paling Best di Malaysia
P.S. II – 8 Makanan Paling Menarik di UK
P.S. III – Perkahwinan Dengan Penguin di Langkawi. Biar betul???!

Sumber: Arena Kereta | Koleksi Automatif Melayukini.net

RelatedPost

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Automotif

About the Author ()

Comments are closed.