Kereta Ferrari Yang Berharga RM 100 juta

| July 31, 2012 | 0 Comments

Melayukini.net – Kereta Ferrari Yang Berharga RM 100 juta | Adakalanya nilai sebuah kereta itu bukan dilihat berdasarkan enjin dan keupayaan sesebuah kereta, namun ada juga dilihat dari segi nilai zaman diciptakan. Di London, terdapat sebuah kereta Ferrari dijual dengan harga  $20 juta (RM100 juta), menjadikannya kereta paling mahal di Britain. Ia satu daripada 39 model kereta siri 250 GTO yang dibuat dari 1962 hingga 1964. Kereta berkenaan dipercayai dijual oleh pengumpul kereta Ferrari, Jon Hunt yang membelinya pada 2008 dengan harga 15.7 juta, rekod dunia ketika itu.

Hunt yang mengasaskan agensi hartanah Foxtons sebelum menjualnya dengan harga  370 juta pada 2007, menjual Ferrari buatan 1963 itu pada harga 20.2 juta, mencatatkan keuntungan sebanyak  4.5 juta dalam masa hanya tiga tahun. Kereta yang bernombor plat 5095 itu dilengkapi enjin V12 dan mampu mencapai kelajuan 287 kilometer sejam.

Harga baru kereta itu pada 1963 ialah  6,000, sama harga dengan sebuah rumah berkembar pada 1960-an. Ferrari 250 GTO itu kini adalah kereta kedua termahal di dunia selepas kereta Bugatti keluaran 1936 yang dijual pada harga  26 juta pada 2010.

Melayukini.net – Fuh harga dia memang tak tahan kalau kita lihat. Tetapi bagi peminat kereta lama atau peminat tegar kereta Ferrari sudah tentu akan berusaha cuba mendapatkannya walaupun ditawar dengan harga yang mahal. Namun di dunia ini, kita perlu bijak untuk mengurus kewangan. Minat tak semestinya perlu beli.

P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Korea
P.S. II – 10 Asrama Paling Seram di Eropah
P.S. III – Subhanallah! Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Aku Stress Giler | Koleksi Automatif Melayukini.net

Related Post

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Automotif

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *